Saturday, 31 December 2011

2011 Go to 2012

Semoga Hari Ini Indah Buat Kalian


Nak masuk tahun baru je perkara yang sinonim dengannya mestilah setiap orang nak ada azam baru.Azam baru aku...emm...aku simpan sendiri je lah.Tahun 2011 ni banyak jugaklah kenangan pahit manisnya.Perkara yang ada pengajaran dijadikan moral dalam kehidupan.


Rasanya tahun baru ni duduk kat rumah je la.Malas aku nak keluar lepak-lepak malam-malam ni.Saje nak santai-santai depan tv je.Kadang-kadang ligat kepala otak aku mengimbas kenangan lalu.Ahh...past is past.Kita kena terus maju ke hadapan.


Semoga tahun 2012 ni aku menjadi seorang yang jauh lebih baik daripada diriku pada tahun 2011.Jiwa macho encik charming terus membara!

"Bila bergema laungan gempita,Harapan bernyala nadiku berganda" (Gemuruh-Faizak Tahir)
notacharming : suka tengok bunga api...kebaboom! 

Friday, 30 December 2011

Aku Juga Tahu Terharu...

Semoga Hari Ini Indah Buat Kalian


Ingat aku ni jiwa macho je memanjang?
Ada jugak la terasa terharu kekadang.
Macam semalam...kan ramai je yang tengok citer Tentang Dhia
Okey...citer tu memang sedih BUT aku tak nangis okeh...
Cuma sebak sikit jer


Yang buat aku terharu ni...bila aku tengok citer hindustan 3 Idiot
Aku memang terharu sangat bila tengok kukuhnya persahabatan budak bertiga tu.
Lagi satu...semua kata-kata falsafah dalam citer tu pun buat aku terharu
Betul-betul terharu...


Lepas tu...aku kembali berjiwa macho


"Takkan ku tahan air mataku ini,Yang jatuh menitis berderai di pipi,Takkan ku simpan dalam hatiku ini,Biarlah itu berlalu pergi" (Terharu-Mawi & Jamal Abdillah)


notacharming : kadang kadang suka curi-curi pandang kucing rumah jiran

Thursday, 29 December 2011

Nak Ajak Aku Tapi Malu...Kenapa?

Semoga Hari Ini Indah Buat Kalian


Kalau kau nak ajak aku...ajak saje lah...
Aku bukan makan orang pun...
Ada rupa nak makan orang ke aku ni?
Tak kan?
Jadi...aku memang tak faham kenapa Sue tak nak ajak aku sendiri


Aku tahu ni pun sebab member aku bagitahu aku yang sebenarnya Sue nak ajak aku tapi...dia malu.Jadi member aku ni tolong cakapkan bagi pihak dia.Padahal masa kat kuliah Sue duduk depan aku je pun.


Jangan risaulah...aku okey je la.Aku akan datang juga perjumpaan tu.Kat sana pun nanti kau jumpa aku juga kan.Nak malu apanya.Tak faham aku.Memang pelik sesetengah perempuan ni...
"Biar malu-malu,Biar segan-segan,Kerna malu itu perisai orang beriman" (Kalau Berpacaran-Ana Raffali,Suhaimi Mior Hassan & Altimet)
notacharming : berkawan dengan semua asalkan jangan tikam belakang tau