Wednesday, 28 December 2011

Lelaki dan Perasan

Semoga Hari Ini Indah Buat Kalian


Selalu bersama member-member yang cool dalam melaksanakan aktiviti yang mencabar mental dan fikiran.Memang tak sah kalau Jo tak buat bising dalam satu hari.Kadang-kadang buat aku nak ikat mulut dia.Aku nak jugak bercakap.Tapi...kalau Jo tiba-tiba senyap buat aku pelik pulak.Maka aku biarkan sahaja dia terus berceloteh sehingga aku keliru sama ada dia lelaki atau perempuan.


Then,dalam pukul 3.47pm...adalah seorang cewek lalu depan tempat kami bersembang.Jo dengan pantas buat siul-siul burung.Cewek tu jeling tajam.Aku ikutkan aje member-member aku.Alaa...lelaki memng suka buat kerja tak berfaedah...tapi,kadang-kadang je.Bila bosan.Bukan tak ada kerja.Kat tangan aku masa tu...penuh nota...tapi,tengok je.Nak baca?Nantilah...


Jo tanya aku...kenapa aku tak nak balas mesej kawan perempuan dalam kelas aku tu.Aku bukan tak nak balas cuma tak nak bazirkan kredit untuk terus bagi harapan.Bukan aku sorang cakap...tapi ramai sahaja yang cakap..."perempuan cepat perasan" Mungkin sebab tu...aku jadi blur kadang-kadang.Tapi...lelaki pun ada sahaja yang perasan.


"Rayu-merayu pujuk memujuk,Aku tak tahu aku jemu" (Resepi Berkasih-Achik&Nana)


notacharming : aku seorang yang mudah keliru...konpius je memanjang 

2 comments:

hunny bunny said...

blas knjyngan mr. charming yea..
dne follow u..

"perempuan cepat perasan"..???
aah, btol kowt.. but not all oke..^_^

encik charming said...

oke...stuju jugak dengan awak